MENU

Majlis Daeah Ketereh Perbandaran Islam telah mengadakan Program Bersama Masyarakat & Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017 pada 26 Syawal 1438H bersamaan 20 Julai 2017 bertempat di Perkarangan Pejabat MDKPI. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Haji Abdul Fattah Bin Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan Negeri Kelantan. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Abd. Rahim, Yang DiPertua MDKPI, YB. Dr. Md Yusnan Bin Yusof, ADUN Melor, YBrs. Tuan Haji Mohd Asri Bin Yunus, Ketua Whip MDKPI, YBrs. Encik Md. Yani Bin Mat Zin, Setiausaha MDKPI, Ahli-ahli Majlis MDKPI, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta penduduk setempat. Pada majlis yang sama, turut diadakan Penyampaian Hadiah untuk pemenang Cabutan Bertuah Insentif Bayaran Cukai Pintu 2017. 

Majlis Hari Raya Aidilfitri 2017

Sila klik DISINI untuk gambar seterusnya