MENU

Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam melalui Jawatankuasa Kecil Kebajikan MDK-PI menghulurkan bantuan awal dan segera kepada Pondok Muhammadiah Beta Hilir yang terlibat dalam kebakaran pada hari Jumaat 29 Disember 2017 / 10 RabiulAwal 1439H yang lalu.

Kebakaran yang berlaku pada  jam 7.55 malam itu mengakibatkan 14 rumah pondok yang diduduki oleh pelajar hangus dijilat api pada malam kejadian. Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ridha Bin Abdullah - Ketua Bahagian Pembangunan Islam MDKPI. Turut hadir sama ialah Tuan Haji Hassan Bin Ibrahim - Ahli Majlis MDKPI.

Pondok Muhammadiah Beta Hilir  Pondok Muhammadiah Beta Hilir

Sila klik untuk paparan imej selanjutnya.