MENU

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam 2018/1439H telah diadakan pada 11 Julai 2018/27 Syawal 1439H bertempat di Dewan MDKPI. Majlis diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim diantara warga kerja MDKPI. Antara tetamu yang hadir ialah YM. Haji Tengku Azmi Bin Tengku Jaafar-Yang Dipertua MDKPI, YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Abd. Rahim - Yang Dipertua MPKB-BRI, YBrs. Tuan Haji Mohd Asri Bin Yunus - Ketua Whip MDKPI, YBrs. Encik Mohd Zulkarnain Bin Baharuddin - Setiausaha MDKPI, Ahli-Ahli Majlis MDKPI, Ketua-ketua Bahagian MDKPI serta kakitangan dan wakil-wakil jabatan. Majlis ini turut meraikan mantan Yang Dipertua MDKPI iaitu Encik Ahmad Robert Bin Abd. Rahim yang kini bertugas sebagai Yang Dipertua MPKB-BRI.

Sambutan Aidilfitri 2018 

Sambutan Aidilfitri 2018 

Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas.

Sila klik untuk imej seterusnya.