MENU

Majlis Percambahan Fikiran Ahli-Ahli Majlis Dan Pegawai-Pegawai Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah diadakan pada 5 – 7 Ogos 2015 bersamaan 20 – 22 Syawal 1436H bertempat di Sayong Resort, Kuala Kangsar. Majlis Percambahan Fikiran ini diadakan bertujuan untuk membincangkan Hala Tuju Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam sebagai sebuah Perbandaran Islam dalam tempoh tiga tahun yang akan datang. Antara yang turut serta dalam Majlis Percambahan Fikiran ini ialah YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Ab. Rahim, Yang Dipertua MDKPI, YABrs. Tuan Haji Asri Bin Yunus – Ketua Whip MDKPI, YM. Tengku Sharifuddin Bin Tengku Shah Buddin – Setiausaha MDKPI, Ahli-Ahli Majlis, Pegawai-Pegawai serta beberapa kakitangan MDKPI selaku urusetia majlis. Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam juga turut mengadakan Lawatan Rasmi ke Majlis Perbandaran Kuala Kangsar bertujuan untuk menimba ilmu dan bertukar-tukar pendapat berkaitan Kebersihan Bandar, Landskap, Penggunaan Sistem ePBT dan Program Local Agenda 21.

Brainstorming Brainstorming Brainstorming