MENU

Majlis Perasmian Qaryah Ramadhan 1439H/2018 Peringkat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah diadakan pada 5 Ramadhan 1439/21 Mei 2018 bertempat di Masjid Mukim Kadok. Perasmian itu telah disempurnakan oleh YB.Haji Wan Roslan Bin Wan Hamat - Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan yang mewakili YAB. Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah YB. Haji Azami Bin Mohd Nor - Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti Negeri Kelantan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kadok, YB. Dr. Md Yusnan Bin Yusoff - Ahli Dewan Undangan Melor, YM. Haji Tengku Azmi Bin Haji Tengku Jaafar - Yang Dipertua MDKPI, YBrs. Tuan Haji Mohd Asri BIn Yunus - Ketua Whip MDKPI, YBrs. Encik Mohd Zulkarnain Bin Baharuddin - Setiausaha MDKPI, Ahli-ahli Majlis MDKPI serta Ketua-Ketua Bahagian MDKPI. 

Majlis Perasmian Qaryah Ramadhan 1439H 

Majlis Perasmian Qaryah Ramadhan 1439H 

Sila klik imej untuk paparan yang lebih besar

Sila klik untuk paparan imej selanjutnya