MENU

Majlis Perasmian Jentera Baharu Kebersihan MDKPI Sempena Kempen Kelantanku Bersih Dan Keterehku Bersih 2018 telah diadakan pada 15 November 2018 / 7 Rabiulawal 1440H bertempat di perkarangan Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. Majlis yang dimulakan dengan solat hajat itu telah dirasmikan oleh YB. Dr. Haji Izani Bin Husin - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah YM. Dato' Haji Tengku Azmi Bin Haji Tengku Jaafar - Yang Dipertua MDKPI,YB.Tuan Haji Saiful Adli Bin Abu Bakar - ADUN Salor, YB. Dr. Md. Yusnan Bin Yusoff - ADUN Melor,YBrs. Tuan Haji Mohd Asri Bin Yunus - Ketua Whip MDKPI, Ahli-Ahli Majlis MDKPI, Penggawa-penggawa, wakil-wakil media, Ketua-Ketua Bahagian dan kakitangan MDKPI. Jentera baru yang dilancarkan ialah 1 buah lori kompektor dan 1 buah lori RORO serta tong-tong sampah Leach Bin yang baru bertujuan memperkasakan lagi perkhidmatan kutipan sampah dan menggantikan tong-tong sampah yang telah rosak bagi memastikan Kempen Kelantanku Bersih dan Keterehku Bersih berjalan dengan lancar.

Majlis Perasmian Jentera Baharu 

Majlis Perasmian Jentera Baharu 

Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas

Sila klik untuk imej seterusnya