MENU

Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah mengadakan Majlis Bersamamu Yang Dipertua pada 30 Mei 2016 bersamaan 23 Syaaban 1437H bertempat di Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. Majlis ini telah dihadiri oleh YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Ab.Rahim - Yang Dipertua MDKPI, YB. Dr. Mohd Yusnan Bin Yusoff-Ahli Dewan Undangan Melor, YBrs. Tuan Haji Mohd Asri Bin Yunus, YM. Tengku Sharifuddin Bin Dato' Tengku Shah Buddin-Setiausaha MDKPI, Ahli-ahli Majlis, Ketua-Ketua Bahagian dan seluruh kakitangan MDKPI. Pada majlis yang sama juga, turut diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) 2015, Majlis Penyampaian Cenderahati Persaraan Kakitangan dan juga Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Ramadhan kepada kakitangan MDKPI.