MENU

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan Lawatan Inspektorat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam pada 8 Julai 2018 / 24 Syawal 1439H. Lawatan ini telah diketuai oleh YM. Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa) - Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Turut hadir sama ialah YBrs. Encik Wan Mohd Suhaimi Bin Wan Mustapha - Bahagian Koordinasi dan Program Khas, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YBrs. Encik Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh - Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan serta pegawai-pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Bahagian Kerajaan Tempatan. YM. Dato' Dr. Tengku Kaya Perkasa dan rombongan turut meninjau keadaan kebersihan dan fasiliti yang ada di Pasar Ketereh.

 

Lawatan Inspektorat PBT  

Lawatan Inspektorat PBT 

Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas

Sila klik untuk imej seterusnya