MENU

Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah menyertai Kursus Asas Menembak Pegawai Dan Anggota Penguatkuasa 2017 yang telah diadakan pada 9 Rejab 1438H / 6 April 2017 bertempat di Lapang Sasar Sultan Ismail Petra, Kemumin, Pengkalan Chepa. Kursus ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Haji Abdul Fattah Bin Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan. MDKPI telah diwakili oleh 4 orang peserta dan diketuai oleh YBrs. Encik Md. Yani Bin Mat Zin, Setiausaha MDKPI.

 

Kursus Asas Menembak 2017 Kursus Asas Menembak