MENU

Pelaksanaan dan pemantauan ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahu peniaga Islam tidak mengabaikan solat ketika mencari rezeki.

Waktu Maghrib merupakan waktu yang sangat singkat, rancanglah waktu sebaik-baiknya ketika peniaga dan pengunjung berada di pasar malam.

Dengan terlaksana pendekatan ini, kita dapat mengumpulkan peniaga dan pengunjung untuk Solat Maghrib secara berjemaah di Surau Pasar yang disediakan bagi keselesaan semua melaksanakan Solat.

Pemantauan ini akan terus dilaksanakan bagi setiap kali Pasar Malam beroperasi. Kepekaan dan sikap cakna pengunjung serta peniaga diperlukan bagi memudahkan kerja-kerja penangguhan 15 minit untuk Solat Maghrib dengan tanpa memerlukan arahan daripada Pihak Penguatkuasa MDKPI. Kerana suruhan Solat ini merupa kewajipan setiap individu Muslim.

Pengunjung juga boleh merancang ketika membeli belah di pasar malam dengan baik. Pastikan datang awal sekitar jam 5.00 petang atau selepas Solat Maghrib bagi mengelakkan urus niaga dilakukan ketika Azan dan Solat Maghrib.

Sekian.

“Bersama Membangunkan Masyarakat”

#KelantankuBersih
#KeterehkuBersih

Kempen Penangguhan 15 Minit Pasar Malam 

Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas

Sila klik untuk imej seterusnya