MENU
MDKPI teruskan Kempen “Let’s Cover  Our Aurat”
 
26 September 2016: Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) telah mengadakan taklimat “Let’s Cover Our Aurat” perniagaan bermula pada 22 Ogos 2016 dan berakhir pada 27 September 2016 bertempat di premis perniagaan pasaraya di sekitar kawasan MDKPI.
 
Taklimat dimulakan pada pukul 9.30 pagi dengan sesi ta'aruf bersama dengan kakitangan premis perniagaan terlibat kemudian diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh Us. Ahmad Sufian bin Sulaiman, Penguatkuasa MDKPI dan Muhd Ridha bin Abdullah, Penyelaras Kempen.
 
Dalam sesi penerangan, pihak MDKPI ingin menitik beratkan tuntutan menutup aurat dengan sempurna adalah satu perkara yang dituntut dalam Islam. Antara objektif kempen ini dilakukan ialah:
 
1. Memberi penerangan kepada premis dan pekerja tentang kepentingan menutup aurat di tempat awam.
2. Melahirkan para pekerja  yang beradab mulia dan berketerampilan sebagai seorang muslim.
3. Menjayakan setiap kewajipan dan kefarduan Islam dalam apa jua keadaan.
 
Kami di MDKPI, ingin merakamkan ucapan terima kasih diatas kerjasama dan layanan yang sangat baik telah diberikan oleh pihak tuan dalam urusan kempen ini. Walaupun dalam masa yang singkat. taklimat yang dijalankan menepati kehendak dan objektif pihak penyelarasan kempen. Diharapkan kerjasama sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang, InsyaAllah. Terima kasih.
 
DZ Smart McD DZ Smart