MENU

30 Jan 2019 (Rabu)

KETEREH - Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam melancaran Kempen Kebersihan #KeterehkuBersih “Jupo Sapoh, Kutip” di SMK Kadok dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Islam bersama Bahagian Khidmat Bandar pada hari ini. Program komuniti ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah bagi mendidik kepentingan pengurusan sisa pepejal dengan betul.

Antara intipati kempen ini ialah Jangan Amalkan “Buang Sampah Merata, buang sampah melalui tingkap kenderaan, buang sampah diluar tong dan buang sampah sesuka hati yang telah disampaikan oleh YBrs. Encik Muhammad Ridha bin Abdullah - Ketua Bahagian Pembangunan Islam MDKPI.

MDKPI juga turut melancarkan kempen “Jauhi Maksiat" dengan kerjasama JAHEAIK yang diwakili Bahagian Pencegahan iaitu Ustaz Mohamad Zhafri bin Md Zain menerangkan enakmen berkaitan dengan Khalwat, Muaqaddimah Zina, Pondan dan lain-lain kesalahan Syariah.

Majlis “Kerana Dirimu Berharga” sempena hari kokuriklum ini turut dihadiri oleh Pengetua SMK Kadok, Pn. Masdiyah Binti Hj Jemain bersama guru-guru dan seramai 450 orang pelajar.

Terima kasih kepada pihak sekolah dan JAHEAIK diatas kerjasama program komuniti ini.

Kempen Kebersihan Dan Patuhi Syariat 

Kempen Kebersihan Dan Patuhi Syariat 

Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas

Sila klik untuk imej seterusnya