MENU

GOTONG ROYONG KETEREHKU BERSIH SEKITAR PEJABAT MDKPI

Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah memganjurkan Gotong-Royong Perdana dengan kerjasama semua Bahagian- Bahagian di pekarangan dan kawasan Pejabat MDKPI.

Program ini dianjurkan bertujuan membersihkan kawasan pentadbiran dan kepejabatan sebagai usaha menjayakan Keterehku Bersih yang telan dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan dengan kempen Kelantanku Bersih sejak 2018 lagi.

Turut hadir sama menyemarakkan semangat kerja dan mengeratkan silaturahim sesama kakitangan ialah YBrs. Encik Nik Muhammad Syahmi bin Nik Mohd Azlan,Pegawai Tadbir (Pengurusan dan Penguatkuasaan) bagi mewakili YBrs. Tuan Setiausaha. Serta Ketua- ketua Bahagian dan semua kakitangan MDKPI.

Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah membersihkan dalaman pejabat seperti sisih,susun dan simpan fail, juga kawasan persekiran luaran pejabat seperti longkang, sapu sampah, mencuci astaka, bengkel, gelanggang sukan dan pemotongan pokok.

Program gotong-royong ini juga adalah budaya kakitangan sejak turun temurun dan aktiviti sebegini dapat mengeratkan silaturrahim di mana sewajarnya dipergiatkan lagi dengan penglibatan semua kakitangan.

Kerana ini Ketereh kita, maka perlulah kita yang menjaganya bersama-sama.

Gotong Royong 

Sila klik untuk imej seterusnya