MENU

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Dan Akuan Menerima Jawatan Ahli Majlis MDKPI telah diadakan pada 17 Januari 2016 bersamaan 7 RabiulAkhir 1437H bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MDKPI. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Anuar Tan Bin Abdullah - Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan. Seramai 24 orang Ahli Majlis telah dilantik bagi tahun 2016 dimana 6 orang merupakan Ahli Majlis yang baru. Pada majlis ini juga, diadakan Majlis Penyampaian Cenderahati Persaraan kepada 6 orang bekas Ahli Majlis yang telah tamat perkhidmatan.