Sambutan Hari Kelantanku Bersih Sempena Sambutan 3 Dekad Pentadbiran Membangun Bersama Islam dan Majlis Penyerahan Lori Kompaktor Kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diadakan pada 19 November 2020 / 3 Rabiul Akhir 1442 H bertempat di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB. Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Bin Yakob - Menteri Besar Kelantan.
YAB. Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan menyerahkan replika kunci Lori Kompaktor kepada YABrs. Yang Dipertua MDKPI.