MENU

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana sekali lagi perutusan tahun baru 2016 dapat diterbitkan. Terima kasih kerana melayari laman web Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. 

Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak khususnya warga kerja Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam diatas kesungguhan dalam menjalankan tugas dan menjayakan perancangan tahun 2015

Sesungguhnya dengan ketibaan tahun baru 2016, kita perlu bertekad dan berazam untuk melipat gandakan usaha bagi menempa kejayaan selanjutnya. Usaha hendaklah diteruskan bagi menjayakan proses Transformasi Kerajaan agar MDK-PI dapat melonjak lebih tinggi dalam menyediakan kemudahan awam serta penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.

Kemahiran Pengurusan yang baik memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi. Namun, perkembangan kemahiran pengurusan sahaja tidak mencukupi. Tidak kurang pentingnya penekanan yang seimbang diberikan kepada penerapan dan pengambilan nilai-nilai positif serta beretika.

Justeru itu, setiap Pemimpin perlu membimbing para pekerjanya bagi mencapai perkhidmatan yang cemerlang dengan berazam untuk meningkatkan mutu kerja mereka dengan bekerja secara penuh tanggungjawab, mengikis sikap pentingkan diri sendiri, berkhidmat dengan penuh kemesraan, bekerjasama memperbaiki kelemahan dan sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam.

MDK-PI akan cuba memastikan objektif-objektif strategik serta Sasaran Kerja Tahunan iaitu "Key Performance Indicator" (KPI) dapat dicapai. Program-program pembangunan fizikal seperti penyediaan kemudahan awam, taman-taman permainan serta pembangunan infrastruktur akan dipertingkatkan lagi.

Sesungguhnya Budaya Kerja Berprestasi Tinggi dan penghayatan terhadap ajaran Agama Islam sebagaimana falsafah pentadbiran serta usaha yang gigih dari semua pihak, insyaallah MDK-PI akan memantapkan lagi mutu kerja perkhidmatan awam pada tahun-tahun yang akan datang.

Sekian, wassalam

"SYARIAT ALLAH MEMBIMBING RAJA DAN RAKYAT SEPANJANG ZAMAN"

AHMAD ROBERT BIN ABD. RAHIM
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam